Social Icons

Pages

Minggu, 02 Februari 2014

Info ringkas yang ANDA mesti tahu Diabetis kencing manis


Intro
* Diabetis ada dua jenis, diabetis insipidus dan diabetis mellitus. Diabetis insipidus - kencing banyak (badan takleh simpan air). Diabetis mellitus - kencing manis (badan takleh kontrol gula dalam darah)

* Diabetis mellitus ada dua jenis - Type 1, Type 2.

* Type 1 - Kegagalan pankreas mengtinjauankan insulin
* Type 2 - Kegagalan receptor insulin untuk menerima isyarat insulin dan bertindak meningkatkan penyerapan gula ke dalam otot

Fisiologi ringkas
- Kita perlukan gula untuk tenaga. Paras gula perlu berada dalam julat tertentu - 3.8 mmol/L hingga 6.1 mmol/L ketika berpuasa, dan tidak melebihi 7.8 mmol/L selepas makan.

- Bila kita makan gula / karbohidrat, ia masuk dalam darah, dan badan kita akan menjalankan proses2 tertentu untuk pastikan paras gula berada dalam julat yang diperlukan. Pankreas tinjauankan insulin. Insulin membolehkan otot2 mengambil gula dalam darah sebagai sumber tenaga untuk fungsi masing2.




Diabetis mellitus - apa yang tak kena?
- Outcome daripada diabetis mellitus ialah, gula gagal dialih dari darah ke dalam otot. Ini boleh jadi kerana tiada insulin (Type 1) atau insulin ada, tapi tak dapat berfungsi dengan sempurna (Type 2)

- Dalam Type 1, sel2 pankreas gagal mengtinjauankan insulin. Jadi takde orang nak jadi in charge person untuk urus paras gula
- Dalam Type 2, receptor/penerima isyarat insulin dekat otot2 dah tak sensitif, semua tido, jadi insulin tinggi pun tak dapat meningkatkan penyerapan gula ke dalam otot.
Simptom/tanda awal

- Kerap kencing
- Kerap dahaga
- Badan letih (sebab gula tak dapat bagi tenaga kat otot)
- Turun berat badan (biasanya orang obese lagi senang kena diabetis, tapi tanda awal dia ialah berat badan turun mendadak)
- Lenguh2 badan
- Kebas2 hujung jari kaki dan tangan (glove and socks pattern)
- Kerap bangun malam untuk kencing (lebih dari 3 kali)


Salah faham diabetis

- Diabetis ialah diagnosis seumur hidup. Maknanya cara pengurusannya ialah dengan mengawal simptom dan mengawal paras gula dalam darah. Tetapi kita tidak dapat merawat puncanya. Dengan kata lain, penyakit ini TIADA PENAWAR.

- Tetapi, kalau ada orang claim ada penawarnya, minta penerangan dahulu. Kalau ada penerangan yang bertepatan dengan punca penyakit (kehilangan sensitiviti receptor atau kegagalan sel pankreas) maka ia mungkin betul. TETAPI dalam dunia perubatan moden, masih belum ada penawar yang boleh memberi jaminan 100% sembuh dari diabetis. Kalau ada orang yang sembuh 100% daripada diabetis, itu kuasa Allah dan dunia perubatan moden masih belum menemui penerangan saintifiknya.

- Walaupun diabetis, tetapi kita tidak perlu pantang makan secara mutlak. Makanan ialah sumber tenaga kita. Kalau tak makan apa2, maka kita boleh mati. Apa yang perlu ialah mengawal makanan.

- Walaupun orang diabetis sedang menggunakan ubat hospital atau apa2 ubat tradisional, pemakanan masih perlu dikawal. Ini bertepatan dengan point kedua saya tadi. TIADA PENAWAR UNTUK DIABETIS. Rawatan2 ubat hospital atau tradisional ini cuma mengawal paras gula dalam darah.

- Matlamat rawatan diabetis
1) mengawal gula dalam darah
2) melambatkan progress penyakit
3) mengelakkan komplikasi lain - kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang, buta mata, potong kaki, strok

Tidak ada komentar:

Posting Komentar