Social Icons

Pages

Kamis, 27 Februari 2014

Mangsa Rogol Bunuh Perogol Demi Maruah

Mangsa Rogol Bunuh Perogol Demi Maruah


Turki : Seorang ibu muda, Nevin Yildirim, 26, yang menjadi mangsa rogol seorang lelaki sejak beberapa bulan lalu, nekad mempertahankan maruahnya dengan menembak mati perogol terbabit di rumahnya di Yalvac sebelum bertindak memenggal kepala penjenayah itu.
Nevin, yang kini sedang menanti perbicaraan bagi kes berkenaan kini dilaporkan mengandung lima bulan, dipercayai anak kepada perogol tersebut.
Dia kini menuntut pihak berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungan.
Menurut Nevin, mangsa, Nurettin Gider, mula melakukan serangan seksual ke atasnya selepas suaminya meninggalkan kampung itu untuk bekerja di kampung lain.
Nevin mendakwa dia diancam dengan senjata dan anak-anaknya akan dibunuh sekiranya perkara itu didedahkan.
Jenayah rogol itu berterusan selama lapan bulan sehinggalah pada 28 Ogos lalu, Nevin tidak tahan lagi, lalu menembak Gider ketika lelaki itu memanjat tembok untuk memasuki rumahnya.
Selepas menembak Gider, Nevin kemudiannya mengejar lelaki itu sebelum melepaskan tembakan lagi di bahagian di alat sulit lelaki berkenaan.
Secara keseluruhannya lelaki itu ditembak sebanyak 10 kali termasuk beberapa das tembakan dilepaskan di bahagian alat sulitnya.
Nevin kemudian membawa kepala yang bercucuran darah itu kepada penduduk itu dan memberitahu bahawa lelaki itu telah merosakkan kehormatannya.
Perogol itu sebelum ini didakwa mengugut Nevin dengan mendakwa dia telah merakam gambar wanita itu ketika mandi dalam keadaan bogel dan mengugut akan menyebarkan gambar itu kepada ibu bapanya jika wanita tersebut tidak melayan kehendak buasnya itu.
“Dia sering memaklumkan akan memberitahu semua orang mengenai kejadian itu. Anak saya akan memulakan persekolahan tahun ini, jadi ia tentu akan memalukannya.
“Saya telah menyelamatkan maruah saya dan kini tiada orang boleh menyatakan bahawa anak saya ini merupakan anak kepada wanita yang tidak bermaruah,” katanya.
Jelasnya, memandangkan dia bakal mendapat reputasi buruk susulan kejadian itu, maka dia nekad membunuh lelaki berkenaan dan bersedia jika dihukum mati.
Namun Niven mahu menggugurkan kandungan berkenaan terlebih dahulu. – MyNewsHub

Tidak ada komentar:

Posting Komentar