Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014

Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka

Harakahdaily

Rossem, 25 Jun 2012

KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.

Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.

“Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.

“Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.

“Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar).

Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum.

Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk.

Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004.

Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986.

Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno.

Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.

Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia.

Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.
template joomla
selengkapnya

Senin, 30 Desember 2013

Ketua kampung 30 pemuda Umno sertai PAS

Harakahdaily 

Muhammad Faizal, 01 Apr 2013


JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.

"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung.

"Padahal ceramah itu merupakan ceramah agama kita sendiri tapi tiba-tiba Umno turut membuat program karaoke dalam jarak 50 meter, jadi berlakulah satu kejadian yang tidak saya ingini.

"Selepas kejadian tersebut saya bertemu dengan pemuda-pemuda dan mereka bersetuju dengan saya untuk berubah dan mengikut apa yang dikehendaki Islam.
"Hati saya terluka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab, saya memang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan Umno bahagian yang membuat perkara-perkara tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang berumur 64 tahun telah melepaskan jawatan sebagai ketua kampung yang telah dipegang selama 14 tahun atas kesedarannya.

Ini, katanya kerana sepanjang beliau memegang jawatan tersebut tidak pernah berlaku perkara sedemikian dan itu merupakan kali pertama berlaku.
"Tidak ada pemimpin Umno yang marahkan saya cuma mereka menyoal kenapa saya menyertai PAS.

"Saya tahu PAS ini membawa ke arah yang elok dan tidak perlu dipertikaikan lagi, saya sedar semua itu. Saya secara jelas tidak bersetuju langsung dengan budaya samseng yang digunakan Umno pada masa ini," tambah beliau yang pernah menerima Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC).

Jamaluddin yang berjanji akan terus berusaha untuk mengajak lebih ramai penyokong Umno di kampungnya untuk menyertai PAS.

Beliau memberitahu, seramai 20 orang wanita Umno akan menyerahkan borang menyertai PAS minggu hadapan.
selengkapnya

Jumat, 27 Desember 2013

Bukan semua ADUN Umno terima Mukhriz sebagai MB

February 20, 2013
Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.

Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.

“Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau,” kata ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider.
“Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan,” tambah beliau.

Selain Mukhriz, anak kepada bekas perdana menteri yang aktif berpolitik adalah Datuk Seri Najib Razak dan sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Apabila ditanya sama ada Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memimpin Kedah jika BN kembali merampas negeri tersebut daripada PAS, Ahmad Zaini berkata corak politik dan pentadbiran pusat dan negeri adalah sesuatu yang berbeza.

“Tidak semestinya memegang jawatan di Pusat akan menjamin beliau dapat mengendalikan pemerintahan negeri, corak kedua-duanya berbeza sekali,” katanya.
Mukhriz menafikan semalam pencalonannya sebagai menteri besar Kedah, mengatakan BN perlu memenangi negeri tersebut dalam PIlihan Raya 2013 sebelum membincangkan mengenai jawatan tersebut.
“Kita nak kena menang negeri itu dulu, kemudian baru cakap siapa yang dilantik ... saya khuatir cakap-cakap ini macam tidak matang dan berunsur spekulatif kerana tumpuan kami adalah untuk menangkan negeri itu,” katanya sambil menambah BN mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali negeri jelapang padi itu.

Dalam pada itu, seorang lagi ADUN Guar Chempedak Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail tidak menyatakan secara terbuka membantah Mukhriz sebagai calon menteri besar namun berpendapat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan secara tradisinya pengerusi perhubungan Umno negeri dan pengerusi BN negeri kebiasaannya diangkat sebagai calon.

“Tapi, tidak tahulah jika Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mahu membuat kejutan, keputusan muktamad masih ditangannya,” kata Ku Abdul Rahman kepada The Malaysian Insider.
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipilih menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kedah selepas BN tumbang dalam Pilihan Raya 2008 dan Mukhriz dilantik sebagai timbalan.

ADUN Kuah Datuk Nawawi Ahmad yang berada dalam jawatankuasa badan perhubungan Umno Kedah mengatakan beliau mengambil sikap untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi berkata ahli Umno setia kepada Ahmad Bashah.
“Susah untuk komen saya sama ada siapa yang berkelayakan untuk menjadi menteri besar. Kedua-duanya mempunyai kebolehan dan kemampuan masing-masing, tapi apa penting ialah setia dengan kepimpinan sedia ada dan pastikan Kedah dapat ditawan semula,” katanya.

Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu, dengan Dr Mahathir secara terbuka menyatakan sokongan kepada anaknya jika tercalon.
Malahan kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia pada Julai lalu terhadap 10,800 responden mendapati 69 peratus menyokong Mukhriz sebagai menteri besar berbanding 12 peratus yang menyokong Ahmad Bashah.

Sumber mengatakan kecenderungan kepada Mukhriz mungkin disebabkan statusnya sebagai anak Dr Mahathir dan lebih berpendidikan berbanding Ahmad Bashah.
Mereka juga memberitahu Mukhriz bakal bertanding di Ayer Hitam atau Seputeh bagi kerusi DUN, dan untuk mengelakkan beliau tergelincir terus daripada politik jika terdapat sabotaj, kerusi parlimen Jerlun juga bakal dipertahankan.

Pada Pilihan Raya 2008, BN memenangi 14 daripada 36 kerusi negeri manakala Pakatan Rakyat pula memenangi 22 kerusi dengan PAS menawan 16 daripada keseluruhan kerusi tersebut.
BN hanya memenangi empat daripada 15 kerusi parlimen di Kedah dalam pilihan raya bersejarah tersebut yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.
Kedah memiliki seramai 1,025,930 pengundi seluruh kawasan DUN dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pada November lepas. TMI
selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Guan Eng mahu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang minta maaf

sinarharian
1 Disember 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin diminta meminta maaf dan menarik semula kenyataan didakwa berbaur fitnah dilemparkan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng Oktober lalu berhubung isu Taman Manggis.

Guan Eng yang diwakili peguamnya, Jagdeep Singh Deo berkata, Shaik diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Ketua Menteri ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Kenyataan itu dibuat pada satu sidang media 5 Oktober lalu.

Merujuk kepada laporan dikeluarkan sebuah portal, katanya, Shaik Hussein didapati dengan sengaja mengeluarkan kenyataan tidak benar, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan menuduh Ketua Menteri menerima suapan daripada KLIDC berhubung penjualan tanah Taman Manggis.

"Kenyataan di dalam artikel itu didapati tidak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri berikutan apa yang dikatakan (menerima rasuah) langsung tidak berlaku," katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar sepucuk surat berdaftar bagi meminta Shaik berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari.

"Surat bertarikh 30 November itu (semalam) sudah dihantar kepadanya semalam dan meminta supaya beliau menarik semula kenyataan fitnahnya dan meminta maaf secara terbuka.

"Kita beri beliau tempoh seminggu dari tarikh beliau terima surat itu, jika beliau gagal melaksanakan apa yang diminta, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau," katanya.

Jagdeep berkata, pihaknya juga menuntut permohonan maaf itu dibuat secara terbuka pada satu sidang media khas bagi membolehkannya disiarkan oleh semua media.

"Shaik diminta supaya menarik balik kenyataannya serta meminta maaf secara terbuka bagi membersihkan nama Ketua Menteri di dalam satu sidang media. Ini bertujuan agar ia dapat disiarkan oleh semua media termasuk media elektronik dan portal.

"Kita akan tunggu reaksi beliau setelah menerima surat itu kelak," katanya.

Shaik didakwa membuat kenyataan dengan mengatakan Guan Eng ada menerima suapan daripada KLIDC bagi membolehkan KLIDC memenangi tender bagi membina sebuah hospital di tapak di Taman Manggis.

Isu Taman Manggis hangat diperkatakan sebelum ini apabila Barisan Nasional meminta daripada Kerajaan Negeri untuk membeli tapak itu bagi membina rumah orang miskin yang mana KLIDC juga dikatakan mahu tanah itu untuk dibina  sebuah hospital swasta
selengkapnya