Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label pulau. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pulau. Tampilkan semua postingan

Senin, 30 Desember 2013

Usahawan Beri Hadiah Pulau Pada Penduduk

Usahawan Beri Hadiah Pulau Pada Penduduk Setempat

London – Anda ingin menjadi pemilik sebuah pulau? Maka anda perlu menetap di Pulau Scalpay kerana pemiliknya ingin memberikan pulau itu kepada penduduknya sebagai hadiah kepada mereka.
Insan bermurah hati itu ialah seorang usahawan yang juga pemilik restoran, Fred Taylor, yang mewarisi harta berkenaan daripada bapanya, John Taylor yang merupakan seorang arkitek dan membeli pulau tersebut pada 1980-an.
Fred, yang menetap di London, diberikan hak ke atas pulau berkenaan selepas kematian bapanya pada 1998.
Bagi membolehkan hadiah berkenaan diberikan secara adil, penduduk di pulau berkenaan perlu mengundi untuk dilantik sebagai pemerintah di situ.
Fred, yang kerap mengunjungi pulau berkenaan telah mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada 322 penduduk di situ bagi menggalakkan mereka menentukan sendiri kehidupan mereka.
Ia merupakan pemberian hadiah paling besar yang pernah diadakan di Scotland.
Bapanya, John membeli pulau berkenaan pada 1976 dan sering mengunjungi pulau tersebut dua kali setahun bersama dengan mendiang isterinya, Sue.
Namun selepas kematiannya, dia telah menyerahkan pulau itu kepada Fred, bersama dengan sebuah lagi pulau berhampiran, Sgeotasaigh, yang dibeli pada 1965.
Bagaimanapun Fred mengekalkan pulau Sgeotasaigh dan bercadang menetap di situ selepas membina rumah di pulau berkenaan.
Setakat ini tiada penghuni yang menghuni pulau Sgeotasaigh.
Dalam pada itu, seorang penduduk,  Alasdair Allan berkata, keputusan Fred itu amat dialu-alukan kerana selain memberikan peluang baru kepada penduduk setempat, ia juga membolehkan pembangunan ekonomi dijalankan.
“Antara cadangan utama ialah membangunkan perniagan kecil dan setakat ini tiga penduduk tempatan telah dikenal pasti untuk menjalankannya,’’ katanya.
Pulau Scalpay, pernah menjadi pusat tangkapan ikan pada 1970-an namun kegiatan berkenaan semakin berkurang, malah peluang pekerjaan juga tidak banyak.
selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Guan Eng mahu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang minta maaf

sinarharian
1 Disember 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin diminta meminta maaf dan menarik semula kenyataan didakwa berbaur fitnah dilemparkan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng Oktober lalu berhubung isu Taman Manggis.

Guan Eng yang diwakili peguamnya, Jagdeep Singh Deo berkata, Shaik diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Ketua Menteri ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Kenyataan itu dibuat pada satu sidang media 5 Oktober lalu.

Merujuk kepada laporan dikeluarkan sebuah portal, katanya, Shaik Hussein didapati dengan sengaja mengeluarkan kenyataan tidak benar, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan menuduh Ketua Menteri menerima suapan daripada KLIDC berhubung penjualan tanah Taman Manggis.

"Kenyataan di dalam artikel itu didapati tidak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri berikutan apa yang dikatakan (menerima rasuah) langsung tidak berlaku," katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar sepucuk surat berdaftar bagi meminta Shaik berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari.

"Surat bertarikh 30 November itu (semalam) sudah dihantar kepadanya semalam dan meminta supaya beliau menarik semula kenyataan fitnahnya dan meminta maaf secara terbuka.

"Kita beri beliau tempoh seminggu dari tarikh beliau terima surat itu, jika beliau gagal melaksanakan apa yang diminta, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau," katanya.

Jagdeep berkata, pihaknya juga menuntut permohonan maaf itu dibuat secara terbuka pada satu sidang media khas bagi membolehkannya disiarkan oleh semua media.

"Shaik diminta supaya menarik balik kenyataannya serta meminta maaf secara terbuka bagi membersihkan nama Ketua Menteri di dalam satu sidang media. Ini bertujuan agar ia dapat disiarkan oleh semua media termasuk media elektronik dan portal.

"Kita akan tunggu reaksi beliau setelah menerima surat itu kelak," katanya.

Shaik didakwa membuat kenyataan dengan mengatakan Guan Eng ada menerima suapan daripada KLIDC bagi membolehkan KLIDC memenangi tender bagi membina sebuah hospital di tapak di Taman Manggis.

Isu Taman Manggis hangat diperkatakan sebelum ini apabila Barisan Nasional meminta daripada Kerajaan Negeri untuk membeli tapak itu bagi membina rumah orang miskin yang mana KLIDC juga dikatakan mahu tanah itu untuk dibina  sebuah hospital swasta
selengkapnya