Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label maaf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maaf. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

PKR Murad mohon maaf pada Anwar kerana dia diugut


  • Abdul Rahim Sabri
  • malaysiakini  Jun 27 2012
PKR mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

NONE"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut untuk menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad "bukan sasaran" memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

"Jangan memandang rendah kedudukan PKR... Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

"Kita tampil baru sekelumit," tegasnya yang juga ahli parlimen Machang.

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Akaun bersumpah innuendo

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, akuan bersumpah itu bersifat innuendo - "tidak memberi fakta dan senarai semua harta" yang didakwa dimiliki Anwar.

Sebaliknya, kata Rafizi, akuan itu hanya dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengesahkan dakwaan Abdul Murad sama ada benar atau tidak dengan menyelidiki latar belakangnya.

NONEHasil siasatan beliau, Rafizi mendakwa rekod Abdul Murad "tercalar dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa" sewaktu berkhidmat di Bank Negara.

Perkara itu antaranya berkaitan dakwaan menerima habuan dalam pembayaran keahlian kelab Golf dan insurans kediaman dibayar pihak ketiga dengan jumlah tertentu.

Rafizi mendakwa pihaknya mempunyai bukti berhubung dakwaan yang dibuatnya hari ini.

"Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan master account yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata Rafizi.

Beliau berkata berdasarkan siasatannya juga, Abdul Murad didakwa mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan negara ini.

"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dengan pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau (Anwar)," kata Rafizi.

Rafizi: Umno jangan galak sangat

Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan kepada Abdul Murad supaya kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan keadaan dengan berterus terang.

"Beliau perlu tampil ke hadapan memohon maaf secara umum kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia," katanya sambil menambah PKR tidak mahu memperbesarkan isu ini.

azlanRafizi turut mendakwa pihaknya juga mempunyai salinan surat asal beliau kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya "membawa implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno".

"Jadi, saya beri amaran kepada pemimpin Umno, jangan galak sangat... (Ada yang) mengaibkan lebih daripada dakwaan (Abdul Murad)... Kita tidak berminat nak meneruskan (pendedahan ini). Mari kita cakap soal polisi," kata Rafizi.

Ditanya sama ada pendedahan dakwaan itu sebagai "ugutan" kepada Abdul Murad, Rafizi berkata beliau tidak fikir ia sebagai ugutan kerana sebahagiannya termasuk dalam dokumen kes mahkamah.

"Kalau dia rasa ia ugutan, terserah kepadanya. Kita tengok apa reaksinya terlebih dahulu," katanya.

selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Guan Eng mahu Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang minta maaf

sinarharian
1 Disember 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin diminta meminta maaf dan menarik semula kenyataan didakwa berbaur fitnah dilemparkan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng Oktober lalu berhubung isu Taman Manggis.

Guan Eng yang diwakili peguamnya, Jagdeep Singh Deo berkata, Shaik diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan yang mengatakan Ketua Menteri ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC).

Kenyataan itu dibuat pada satu sidang media 5 Oktober lalu.

Merujuk kepada laporan dikeluarkan sebuah portal, katanya, Shaik Hussein didapati dengan sengaja mengeluarkan kenyataan tidak benar, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan menuduh Ketua Menteri menerima suapan daripada KLIDC berhubung penjualan tanah Taman Manggis.

"Kenyataan di dalam artikel itu didapati tidak benar sama sekali tuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri berikutan apa yang dikatakan (menerima rasuah) langsung tidak berlaku," katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar sepucuk surat berdaftar bagi meminta Shaik berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari.

"Surat bertarikh 30 November itu (semalam) sudah dihantar kepadanya semalam dan meminta supaya beliau menarik semula kenyataan fitnahnya dan meminta maaf secara terbuka.

"Kita beri beliau tempoh seminggu dari tarikh beliau terima surat itu, jika beliau gagal melaksanakan apa yang diminta, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau," katanya.

Jagdeep berkata, pihaknya juga menuntut permohonan maaf itu dibuat secara terbuka pada satu sidang media khas bagi membolehkannya disiarkan oleh semua media.

"Shaik diminta supaya menarik balik kenyataannya serta meminta maaf secara terbuka bagi membersihkan nama Ketua Menteri di dalam satu sidang media. Ini bertujuan agar ia dapat disiarkan oleh semua media termasuk media elektronik dan portal.

"Kita akan tunggu reaksi beliau setelah menerima surat itu kelak," katanya.

Shaik didakwa membuat kenyataan dengan mengatakan Guan Eng ada menerima suapan daripada KLIDC bagi membolehkan KLIDC memenangi tender bagi membina sebuah hospital di tapak di Taman Manggis.

Isu Taman Manggis hangat diperkatakan sebelum ini apabila Barisan Nasional meminta daripada Kerajaan Negeri untuk membeli tapak itu bagi membina rumah orang miskin yang mana KLIDC juga dikatakan mahu tanah itu untuk dibina  sebuah hospital swasta
selengkapnya