Sabtu, 15 Maret 2014
Pencemaran Di China Makin Teruk

NANJING – Keadaan jerebu yang berpunca akibat pencemaran di China semakin teruk hingga menyebabkan seorang budak perempuan berusia lapan tahun dikesan menghidap kanser paru-paru.
Menurut doktor, keadaan itu berlaku selepas budak berkenaan terdedah kepada udara yang tercemar untuk tempoh yang lama.
Budak tersebut menetap di kawan sibuk berdepan dengan jalan raya di Jiangsu.
Keadaan ini mencetuskan kemarahan penduduk kerana kerajaan dilihat gagal membendung keadaan pencemaran tersebut yang dilaporkan semakin buruk.
Masalah jerebu itu bukan setakat melibatkan aspek kesihatan malah ia menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana kamera cctv yang dipasang di kawasan sensitif tidak dapat berfungsi dalam keadaan habuk yang tebal itu.
Kebimbangan itu disuarakan beberapa hari selepas seorang pengebom berani mati telah menyerang dataran Tiananmen hingga membunuh lima orang termasuk dua pelancong.
Pengebom itu yang memandu sebuah kereta telah merempuh orang ramai di dataran tersebut sebelum meletupkan dirinya.
Susulan itu, kerajaan China terpaksa mendapatkan bantuan saintis untuk mencari penyelesaian.
Saintis terbabit telah diminta membuat kajian dan mereka diberikan masa selama empat tahun untuk mencari penyelesaian kepada isu pencemaran tersebut.
Bulan lepas, jerebu yang teruk telah memaksa kerajaan menutup bandar Harbin, yang memiliki 10 juta populasi selepas tahap penglihatannya berkurang daripada 10 meter.
Ia juga menyebabkan sekolah dan lapangan terbang ditutup manakala jerebu yang teruk itu juga mengakibatkan lalu lintas menjadi sesak.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar