Jumat, 20 Desember 2013
Riza Hanya Sempat Jadi Suami Izreen Azminda Selama 2 Hari Sahaja!
Jurukamera terkenal, Riza atau nama sebenarnya Muhamad Riza Baharudin agak kempunan untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri bersama isteri yang baru dinikahinya, Izreen Asmindar.
“Nak buat macamana, kalau hendak diikutkan kami sepatutnya ada cuti selama seminggu untuk bersama, tetapi di saat-saat akhir terpaksa berpisah kerana urusan kerja sebaik saja bernikah.
“Bukan sahaja Izreen, saya pun sudah kembali bekerja pada 2 September lalu untuk menyambung tugasan dalam menjayakan penggambaran telefilem bagi sebuah stesen televisyen.
“Saya faham dengan komitmen kerja masing-masing, cuma agak sedihlah sebab baru sahaja kahwin tetapi sudah terpaksa berpisah untuk jangka masa yang agak lama iaitu sehingga 14 hari dan saya kini menjalani kehidupan bujang kembali,” ujar Riza dengan redha.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar