Social Icons

Pages

Selasa, 24 Desember 2013

Lelaki Dihempas Pengawal Hingga Tidak Bergerak


Rakaman video seorang lelaki dihempas ke permukaan laluan pejalan kaki oleh seorang pengawal kelab hiburan yang tersebar baru-baru ini menimbulkan tanda tanda, adakah dia masih hidup atau tidak selepas kejadian itu?

Pergaduhan yang berlaku di Newcastle pada jam 1 pagi itu telah disahkan oleh pihak berkuasa Northumbria.

Bermula dengan tumbuk-menumbuk dan saling menendang antara satu sama lain, pengawal yang bertubuh besar itu kemdiannya mengangkat lelaki itu sebelum menghempasnya sehingga tidak bergerak.

Video tersebut telah dimuatnaik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Luke Taylor yang kemudiannya tampil untuk membantu siasatan polis mengenai kejadian itu.

Menurutnya, mangsa tersebut hanya pengsan dan tidak mengalami kecederaan.

“Dia bangun dan meninggalkan tempat itu,” jelas Taylor.

Bagaimanapun, pihak polis masih menanti mangsa dan saksi lain yang berada di tempat kejadian menghubungi mereka bagi mengesahkan perkara itu.



Oleh: ELZA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar