Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label singapura. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label singapura. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

Video Meraba Paling Jelas Di MRT Singapura


Kejadian ini dilaporkan berlaku dalam MRT Singapura berdasarkan pengumuman station yang dibuat dalam bahasa Inggeris.

Kalau mengikut komen di Facebook, ramai yang bertanya mengapa pihak yang mengambil video itu tidak melakukan sesuatu untuk membantu.

Betul juga… namun wanita yang terang-terang diraba itu pun macam tidak bertindak juga…apatah lagi si perakam.

Mungkin mangsa panik dan tidka tahu bagaimana hendak bertindak.

Pengguna wanita di negara ini kerap menjadi mangsa kepada lelaki gila seks ketika menggunakan kemudahan awam.

Satu cara… menjeritlah sekuat hati jika benar-benar yakin anda menjadi mangsa raba… pasti akan ada yang datang menolong.


selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

Laman web pejabat PM Singapura digodam

Laman web pejabat PM Singapura digodam

SINGAPURA - Laman web Pejabat Perdana Menteri Singapura (PMO) Lee Hsien Loong dan Istana digodam semalam dan hari ini oleh anggota kumpulan aktivis Anonymous.
    
Penggodaman terbaru itu berlaku selepas Lee berikrar pihak berkuasa tidak akan menghentikan usaha mengheret dalang yang melancarkan perang siber di negara itu ke muka pengadilan.
   
Peringatan itu dikeluarkan selepas satu video dimuat naik ke YouTube memberi amaran akan melancarkan perang siber ke atas pihak berkuasa Singapura.
    
Dalam kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm (IDA) berkata: Carian subpage laman web PMO dan Istana terjejas masing-masing pada Khamis pukul 11.17 malam dan Jumaat pada 12.20 pagi.      
    
Menurutnya subpage telah diceroboh apabila ia memaparkan halaman daripada sumber lain.
   
Menurut IDA, kelemahan pada sistem komputer ini dikenali sebagai cross-site scripting.
    
Memberitahu perkara itu kini dalam siasatan, IDA menyatakan laman web PMO dan Istana masih beroperasi, dan "kami akan memulihkan semula halaman yang diceroboh secepat mungkin".
    
IDA berkata ia akan terus meningkatkan tahap keselamatan semua laman web kerajaan.
    
Ini termasuk melakukan pemeriksaan dan memulihkan serta mengatasi kelemahan pada sistem komputer dan perisian.   
    
Ia kini dalam proses pelaksanaan dan pengunjung ke laman web kerajaan mungkin menghadapi masalah untuk akses, bagaimanapun masalah itu akan diselesaikan dengan segera, menurut IDA. - Bernama
selengkapnya