Tampilkan postingan dengan label kini. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kini. Tampilkan semua postingan
Senin, 30 Desember 2013
Shahir AF Kini Berkepala Botak
Salam semua,


kredit: budiey.com
selengkapnya

Shahir AF Kini Berkepala Botak
Beberapa gambar terkini Shahir yang kini dah tampil dengan imej terbaru iaitu imej tak ada rambut aka berkepala botak.
Gambar ini dipetik semasa rakaman shooting program Astro, ‘Akustik Shahir’ bersama band Hujan, pada hari Selasa lalu, 3/7/2012 sekitar 10 malam di tempat lokasi meru, klang. Akustik Shahir akan disiarkan di bulan Ramadhan nanti, diberi laluan bagi Akustik Hazama dulu minggu hadapan.

kredit: budiey.com
Senin, 23 Desember 2013
Pengawal Keselamatan – Ardi Kini Menghitung Hari Ke Tali Gantung

Suspek utama kes pembunuhan Allahyarham Norazita Abu Talib yang berjaya ditahan di Kota Tinggi, Johor pagi tadi dilihat berkemungkinan besar ke tali gantung kerana jenayah dilakukannya.
Ini berikutan kewujudan bukti-bukti yang amat jelas dan tidak boleh disangkal terhadap apa yang dilakukan suspek itu.
Berita penangkapan suspek atau namanya Ardi dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan. Pihak polis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keperihatinan mereka dalam kes ini,” kata Hadi Ho.
Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi yang berdekatan dengan Terminal Feri Tanjung Belungkor yang turut menyediakan perkhidmatan untuk ke Indonesia di Pulau Bintan dan Batam.
Kemungkinan suspek merancang untuk menyelinap keluar dari Malaysia melalui jeti berkenaan.
Jika dilihat daripada jenayah yang dilakukan dan kesemua bukti sudah dirakamkan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank ketika kejadian, Ardi hanya menunggu masa untuk ke tali gantung.
Jutaan rakyat Malaysia pastinay berdoa agar keadilan untuk Allahyarham Norazita akan diperoleh dan Ardi menerima hukuman yang setimpal.
Kes berkenaan sudah pasti bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori bagi Ardi.
Daripada rakaman CCTV, jelas senjata yang digunakan untuk membunuh Norazita berada padanya selepas tembakan itu dilepaskan.
Rakaman CCTV juga dengan jelas merakam tindakan suspek membawa keluar wang yang berada dalam bilik kebal bank berkenaan dan kemudian melarikan diri dengan wang berkenaan yang berjumlah kira-kira RM450,000.
Cuma jangan ada mana-mana pendakwa raya samdol yang uruskan kes itu nanti sampai suspek terlepas akibat masalah teknikal sudah la… kerana sudah banyak kali terjadi di Malaysia.
Baik kita sebut pasal kualiti pendakwaan bermula sekarang.
Kita akan mengikuti perbicaraan melibatkan kes selepas ini dan apakah yang akan dikatakan oleh saksi-saksi dalam kes itu nanti.
Label:
–,
ardi,
gantung,
hari,
ke,
keselamatan,
kini,
menghitung,
pengawal,
tali
Langganan:
Postingan (Atom)